<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1106208503302881135\x26blogName\x3dIni+Adalah+Aku\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aku-kay.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aku-kay.blogspot.com/\x26vt\x3d4596330813943597730', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, November 16, 2009

♥ halal dan haram


Berbalik pada tajuk harini.. celakalah kepada mereka2 yang membuat mak aku sedih.. kurang ajar yang tak terhingga aku ucapkan pada mereka2 yang mencuri.. semoga tangan2 korang lebih cepat kudung untuk kebaikan semua orang.. kalau da namanya pencuri.. takkan pernah puas kalau cuma mencuri sekali dua.. da berpuluh kali korang mencuri dan terlepas.. semoga babi macam korang cepat lupa pepatah Sepandai-pandai tupai melompat.. Akhirnya ketanah juga.. macam tu jugak la untuk korang2 kalau aku dapat tau siapa.. Sepandai2 korang mencuri.. Akhirnya mencium tanah juga.. pelanduk yang lupakan jerat.. jerat takkan pernah lupakan pelanduk.. hati panas bila aku ingat2 balik.. tak cukup dengan kasut2 n harta benda kat rumah ni korang nak angkut.. habis dengan barang2 makanan korang curi.. semoga korang2 yang aku maksudkan tu mampos keracunan makanan.. celakalah orang2 macam korang ni hidup dekat muka bumi.. kalau rasa nak tu mintaklah.. bukan mencuri.. babi!! makanan tu pulak korang bagi mak bapak anak bini korang makan.. Bagus!! duit yang korang dapat hasil curi pun sama.. Bagus!! keluarga2 korang yang da tau pun keje korang ni.. diamkan n simpan rahsia korang ni.. Bagus!! memang patutla manusia2 macam ni masih wujud zaman sekarang.. aku rasa la takkan pernah pupus manusia macam korang ni sebab keturunan korang semua memang penyamun.. dari kecik memang mak bapak korang yang ajar mencuri.. da besar turunkan pulak ilmu korang kat anak-anak korang.. rasanya macam bagus jugak kalau aku bawak membe2 aku bakar je rumah korang ni bia mampos 1 keluarga.. Ops!! macam da tau je sapa punya keje? Ya btol.. ada orang da perasan da kegiatan haram dekat rumah korang ni.. bangkai gajah takkan bole tutup dengan sehelai daun.. tapi korang ni bukan gajah.. korang ni BABI!!! aku cuma belum ada kesempatan lagi nak tangkap korang tengah buat kerja buat masa ni.. liat jugak korang ni ek? percayala.. kalau aku memang tak dapat tangkap korang masa tengah buat kerja.. jangan marah pulak kalau aku main amuk je uma korang ramai2 nanti.. kalau da dasar keluarga babi.. 1 keluarga kerja mencuri.. macam gampang!! Tunggula..


Sekian.. Terima Kasih..





♥ Mr duke smiled ♥
3:52 AM
0 komen disini

Saturday, November 14, 2009

♥ aku dan kegilaan


Malam tadi aku tido lambat. da subuh baru dapat lelap mata.
macam biasala kalau da namanya pungguk. itu perkara biasa dalam hidup aku. tapi yang ajaibnya. belum pun pukul 10 pagi aku da garu2 kepala kat katel tak bole nak lelapkan mata semula. musykil aku. nak kata aku set jam. tak pulak. nak kata aku da berubah. haha! korang pk la sendiri. last2 aku guling2 je kat katel kesayangan aku. mata aku terasa macam terperosok ke dalam. sakit. tak tau la kenapa.

Perut aku masa tu tak amik masa yang lama untuk memulakan mogok derhaka terhadap aku.
kraaakkk kruuukkk.. sumpah lapar. aku pun kua la bilik tengok2 apa2 yang ada bole buat alas perut. bukak tudung saji. ada udang dengan sotong goreng tepung malam tadi. aku pun makan la sotong yang ada. perut aku makin pedih pulak. mengada nya. aku pun jerit kat dapo pepagi camtu seolah-olah da seminggu tak makan.

mak : kau kenapa?
aku : lapa..
mak : masak la sana.
aku : malas. mak tak buat sapan?
mak : ada. pisang goreng kat depan.
aku : tanak la. tak sedap. orang nak kua jap.
mak : belikan mak sokkabar sekali.
aku : okeee..

Memilih pulak. aku pun terus la salin baju dengan seluar. kumuh2 sikit dengan basuh muka dekat sink dapo. nasib baik mak aku takde. kalau tak sah2 aku kene ketuk lagi basuh muke dekat sink dapo.
layan jela. lepas tu. macam biasa. ala2 koboi bangun tido. mestila bakar cencurut kan? eh silap. cerut. tapi sebagai melayu yang tak berapa tulen aku lebih memilih rokok berbanding cerut. lepas sedut 2, 3 pam aku pun terus pegi kat kuda aku.

Lepas panaskan enjin kuda aku dalam setengah minit. aku pun terus memecut laju kuda aku ke kedai joe meniaga roti canai. ada nafsu yang perlu dipenuhi.
gila. belum penah lagi aku bangun tido dengan tak mandi tak apa terus kua uma cari sapan. nampak sangat lapa. sampai2 je aku kat sana. aku tengok joe tengah sibuk2 kacau akak yang tukang buat air. makan ular je cilaka seko ni.

aku : hoi! kau mari sini!
joe : eh? pagi kau datang? mimpi apa kau tadi?
aku : kau diam. aku lapa ni.
joe : air apa?
aku : teh ais dengan buatkan aku roti kosong dengan roti telur serba satu!
joe : ketawa setan jeling2 kat aku.

Tengah sedap2 aku makan. aku ternampak seorang manusia tak kenang budi. lebih tepat kalau aku kategorikan sebagai jahanam. walaupun dia seorang pegawai gerak am dekat tempat aku.
pegi mampos la. dia hutang aku 250 belum bayar. nak je aku update muka bodoh tu dekat sini. buat2 lupa da dekat setahun. BODOH! nasib baik aku ni jenis manusia tak reti nak mintak2. simpan jela dalam hati. orang tego aku tego. orang senyum aku senyum. dalam hati tuhan je yang tau.

Aku pun cepat2 makan taknak tengok muka dia lama2. dengar2 dia yang belanja anak2 buah dia semua sarapan kat situ. bukan aku pasang telinga. dah dia duduk sebelah meja aku pastu bebual kuat2. aku denga la. bukan kepoh.
ciss! duit aku pun tak bayar lagi sibuk nak belanja orang. macam sial. bentak aku dalam hati.

Lepas aku siap makan. aku pun nak pegi la bayar dekat kaunter. joe pon tau masalah aku dengan pegawai polis sorang ni. bodoh. makan duit haram je keje. tiba2 dia jerit dari kerusi dia. takpe2 boss saya bayar. dia jerit dekat bos restoran tempat aku makan tu.
bayar duit aku dulu la gila! takpe2 saya bayar. tah dari mana pulak suara lain menyampuk sibuk nak bayarkan jugak. 'aloo taiko. lama tak nampak?' sampuk si mata sepet tu lagi. taukeh pub tempat aku lepak dulu2. dulu2 la. terasa aku macam artis. berebut orang nak bayarkan untuk aku. lebih2 lagi bila orang panggil taiko. lebih2 lagi sekali lagi bila orang yang panggil aku taiko tu memang da dikenali taiko dekat pontian. terasa pangkat aku lagi besar dari taiko2 sedia ada.

aku : aiyo.. laupan! apa cerita? lama tak nampak?
ah wei : wa ada maa.. lu yang lama tak datang wa punya tempat taiko.
aku : hahaha! sori la laupan. wa manyak bz la sekarang.
ah wei : haha! tada hal maa. senang2 datang wa punya tempat. wa kasi bukak sama lu..
aku : hahaha! tengokla nanti bila2 wa datang.. tq ah..
ah wei : takpe la taiko. lu wa punya taiko maa..
*urut2 bahu aku
aku : haha! lancau! ok la wei. wa cau dulu!
ah wei : oke oke. nanti jumpa ah! wa tunggu..
aku : okeee..
sekadar nak sedapkan hati. da tanak da aku masuk sarang setan tu lagi.

Joe sekadar menjadi pemerhati 2 orang taiko besar pontian berbual.
da mula takut la tu. aku dapat rasakan joe da terkencing sikit2 bila tengok cara aku berbual dan bertepuk tampar dengan ah wei. ah wei memang dikenali dengan sikap ganas bodoh membabi butanya. tapi seorang yang berhati baik dan setia kawan. aku tau la. aku penah lepak dengan dia apa dulu2. korang ni tak berjiwa 1 malaysia la.

Balik rumah baru aku teringat besok ada tugas. aku ni salah sorang marshall yang berkaliber. so tunggula aku update besok. pada sape2 yang nak join pertandingan memancing yang menawarkan hadiah pertama 20,000 bolela register besok. seratus je. sape takde duit bole jumpa aku. jangan harap aku nak bagi pinjam. aku sendiri nak beli makan korek2 tabung. ciss!!





♥ Mr duke smiled ♥
3:59 PM
0 komen disini

Wednesday, November 11, 2009

♥ aku dan kecelakaan (akhir)


sambungan..

Kecelakaan itu sebenarnya..
Adalah pendek..

Sejak dua menjak ni. aku memang telah memohon untuk menjadi pungguk sepenuh masa. jadi bangun petang tu pada aku memang la macam takde effect apa2. selagi belum azan zuhur selagi tu jugak la aku masih lagi bergelimpang dekat atas katil kesayangan aku. takde pekdah rasanya kalau aku bangun pagi2. tapi. hari ini. bermulalah semula episod kecelakaan yang sering menghantui diri aku sejak hantu rendang yang sentiasa mendampingi aku. pukul 11.30 aku rasa macam nak hempas je henpon aku asek tak berhenti2 menjerit. bila aku angkat. aku menyumpah berbakul2 tangan aku sendiri yang bertindak lebih pantas dari mata aku yang belum sempat melihat nama pemanggil. cilake..

pendek : hoi jahanam! kau tido ke?
aku : tak la. aku tengah tolong mak aku masak.
pendek : dah la kau. muka kau? ptuih! kalau tak membongkang tak tau la.
aku : habis tu? kau ada masalah ke pendek? da tau lagi sebok nak tanya.
pendek : haha! ni joe nak jumpa kau ni. ada masalah katanya. kau datang sini. penting ni.
aku : apehal?
pendek : kau datang jela dulu. kite tunggu kau ni dekat sini.
aku : yela. macam haram kau ni la.

perbualan aku berakhir dengan ketawa macam setan oleh si pendek. aku mamai2 terus pegi dapo memandangkan bilik aku yang terdekat dengan dapo. bukan apa. senang la aku nak tengok2 kan manala tau ada tikus ke kucing ke nak curi makan malam2 nanti. aku buat2 tak nampak mak aku yang tengah sibuk2 masak.

mak : aik? awal bangun? mimpi apa?
aku : si jai tu. gile kejut orang pagi2 macam ni.
mak : pagi kau!

aku buat acuh tak acuh je dengar mak aku bercakap. mak aku teruskan kerja2 memasak dia memandangkan aku masih dengan mamai gila aku. aku basuh muka sambil kumuh2 sikit dekat singki dapo. ptuih! sejurus kemudian 1 ketukan sampai dari belakang kepala aku. pengotor kata mak aku. ala. bukan orang tak simbah balik. mak sibuk2 sape suruh. mak aku terus ke meja makan pulak mengemas apa yang patut. lepas basuh muka ala kadar. aku pun pakai baju malam tadi. start motor. buat gaya samseng start motor. hidupkan rokok sebatang. terus menuju ke sarang setan pendek.

sampai2 kat kedai joe meniaga roti canai. diorang da gelakkan aku macam setan. katanya dari jauh dah tau aku sampai. ni semua salah adik laki aku yang bongsu. macam la aku ada adik laki lain. budak baru nak naik. habis dia 'modified' motor ex5 yang dulu2 abah aku selalu guna untuk pegi masjid. kadang2 rasa bangga jugak bila rasa macam bawak motobot kat atas jalan. bodo. macam gamp*ng bunyik. puas aku sekolahkan adik aku dulu disebabkan perbuatan tak bermaruah dia ni. nak marah lebih2 malas. budak baru nak naik. layankan jela. walaupun rasa macam pekung terpijak taik. eh? apa kena la aku melalut ni.

berbalik pada cerita. rupanya si pendek ni pon terkena dengan si joe. joe suruh dia datang ada hal penting katanya. bila pendek sampai. joe ketawakan dia macam kena histeria. bila dia da tongeng aku la mangsa seterusnya. memandangkan aku ni memang lurus semulajadi. bodoh2 aku pegi mamai2 tengok apa kes diorang ni. dah la henpon aku tak bawak. rokok aku tak bawak. wallet pon aku terlupa nak amik kat dalam seluar yang aku pakai malam tadi. ape kejadahnya nak order makan minum macam ni. tapi perut aku macam lapar secara tiba2 pulak. aku pon diamkan diri jela dengarkan diorang bahan2 aku. eleh. tak heran pon. siap aku rasa macam nak tido je kat kedai mamak tu sebab masih mamai.

dalam kena bahan tu. aku pun dengan lagak orang kaya2. o-ney! bagi saya teh tarik satu dengan rojak mee satu.. sayur tak nak oke? baik bosh kata o-ney membuatkan aku lebih bertekad nak jadik boss satu hari nanti. i'm the boss. akan aku amik setan2 liar ni semua kerja dengan aku. memang kompem lingkup bisnes aku. mati la. aku pun makan dengan muka selamba bodo kena bahan2. peduli la. yang penting perut aku kenyang.

lepas aku habis makan tu. joe pun bersuara.
joe : bob. kau tolong betolkan mesin pancing aku ni. jem la.
aku : bodo. macam sial. sebab ni ke kau kacau masa tido aku ni?
joe : *ketawa setan. ala mintak tolong la bob. kau je terer bab2 ni.
pendek : ala tu kau beli barang ganti dia je tu. kat kedai pancing ada jual.
aku : kenapa kau tak buat?
pendek : kite bz. kalau kite punya ni kite da buang kat sungai je ni. beli baru.
aku : haram..

sebagai ganjaran. makan minum aku dan pendek ditanggung oleh joe. macam sial pendek ni tumpang tui. aku pun pergila beli sikit2 barang yang perlu. sampai kat rumah. aku pun layan la baring2 semula. masa tido aku ok? lepas tu berbual2 jap dengan bini aku. perasan la kau weh! dan. ya. tertido ketika sedang bersms. nasib baik dia exam. ada la lebih masa sikit untuk aku beradu. semestinya la kan. dan aku bermimpi. ketawa setan melihat si pendek di tembak mati.

.TAMAT.





♥ Mr duke smiled ♥
9:05 PM
1 komen disini

♥ aku dan kecelakaan



Kecelakaan itu sebenarnya..

Adalah pendek..


Petang semalam.. aku rasa gian nak memancing. lately ni aku rasa macam banyak sangat masalah yang datang. dah la orang tua aku tak sihat lagi. jadi aku pun bersetuju dengan otak aku yang da sarat dengan masalah ni nak pegi memancing. aku memancing dekat restoran tempat aku selalu melepak. bukan nak cari ikan besar2 pun. cuma nak buang masa sambil tarik ikan kecik2 buat lepas gian.

Nasib macam menyebelahi aku bila setiap kali aku hulurkan mata pancing. berebut2 ikan nak makan umpan aku. lega la sikit otak aku dari masalah2 bodoh yang melanda dapat tengok ikan2 duri makan mata pancing aku. tengah syok2 memancing tu. datang la seko makhluk pendek tak berbulu. keceburrrr!!! bersembur air laut kat muka aku lepas makhluk pendek tu baling batu bata. cilakak.. aku rasa pahala amal aku semalam habis macam tu je lepas berbakul2 susun ayat maki hamun dekat makhluk pendek tu.

Lepas puas gelakkan aku macam kene rasuk setan. makhluk pendek tu pun mendekati aku. cisss. tu nak bodek la tu suruh belanja minum. mati la kau. rupa2nya. dengan tangan kecik pendek macam batang penyapu tu dia seluk dalam seluar pegang benda haram dia. menggelabah jugak aku sekejap ingat dia nak kencing kat sebelah aku memandangkan aku duduk kat tangga jeti. kemudian dengan muka acuh tak acuh dengan selamba dia sapu kat joran aku yang aku dah pun campak kat kaki dia sambil mengeluarkan caci nista. aku dah jampi katanya. perlu ke aku berdiam diri? salah ke aku kalau aku menghadiahkan berbakul lagi kata-kata hikmat buat si pendek?

Terima kasih aku ucapkan pada si pendek. ya. terima kasih yang tak terhingga. kerana jampi dia yang penuh sial tu. mula2 si belin yang makan mata pancing aku. terpaksa putuskan mata kail. ikat baru. pastu sangkut pulak kat tunggul ke jin laut ke aku pun tak tau kat dalam air. tak terniat pulak aku nak terjun tengok apa yang tersangkut kat mata kail aku. ya. sekali lagi. ikat mata kail yang baru. dan hasilnya? mata kail aku tersangkut pulak dekat pokok nibung tempat para2 nelayan tambat bot diorang. dan sekali lagi mata terpaksa diputuskan. aku dapat rasakan yang kalau aku terus memancing cuma sial lain yang akan melekat dekat mata kail aku. babi pendek!! aku pekik kuat2 tanpa menghiraukan pendengaran orang lain dan dengan muka selamba. si pendek pun berlalu sambil ketawa macam setan.

Lepas kemas2 barang pancing. aku pun pegi la tempat joe bakar ikan. order nes ais. kopi ais yang sampai. layan.. si pendek pulak sibuk kejar si joe yang da tau si pendek baru lepas pegang benda haram dia. macam sial budak pendek ni aku cakap dalam hati ni. pengotor nak mampos. aku tak dapat bayangkan macam mana bini dia kat rumah agaknya. sabar jela dapat laki macam si pendek. joe pun sampai kat tempat aku termengah-mengah lepas kena kejar keliling restoran. si pendek masih lagi ketawa macam setan. untuk pengetahuan semua umur pendek dengan joe ni sekitar 35 taun. tapi perangai. bukan macam budak2 lagi. macam setaaaann adalah lebih sesuai untuk menggambarkan pe'el2 diorang ni. tak lama lepas tu bini si pendek datang kedai.

bini pendek : abg mana?
aku : apa abg2. dia abg bukan abg aku.
bini pendek : hahaha! cakapla. zai mana?
joe : jai da mampos
(geram sebab muka kena sapu dengan tangan jai. tangan jai pegang benda haram. jai = haram.)
aku : hahaha! jai! bini kau datang tu.!!
pendek : mana?
(buat2 tak nampak bini datang. eleh. takut bini la tu.)
bini pendek : lambai2 buat gaya ayu.
pendek : macam kene sumpah. terus pegi dekat bini dia.

pastu diorang pilih2 ikan yang nak dibakar. buat juadah malam nanti kot.

joe : takkan makan pari je. pari bulu la sedap!!
pendek : pari mak janda la ni! hahaha!
bini pendek : apa mak janda mak janda?! *cubit pinggang pendek
aku & joe : ketawa macam setan. sampai bergegar langit sekejap aku rasa.
joe : depan kawan2. macam hang tuah! dengan bini.. kene cubit diam? hahahaha!

kah kah kah!!!
(si pendek cuma bole tersengih macam mintak simpati tahan sakit. padan muka kau setan.)

Aku balik awal atas sebab2 yang perlu dirahsiakan. lepas maghrib. dan tertidur awal jugak atas sebab2 yang perlu dirahsiakan. aku terjaga dalam pukul 10 malam. konon2 nak online kejap. update blog katanya. tak sempat. si pendek datang dengan perasaan megahnya. aku pun pelik kenapa setan seko ni tak habis2 ganggu hidup aku. puas aku baca surah an-nas. berbuih-buih jugak mulut aku baca ayat kursi. tapi ternyata setan rendang ini sangat2 kebal. ya. sangat kebal.

Aku baru mintak tolong adik aku yang bongsu buatkan air untuk si tetamu lepas dia sibuk2 cakap nak air. macam sial. baru masuk terus order air. ingat rumah aku ni restoran ke? baru aku pegang mouse. telefon aku pulak berbunyik. adik aku yang blaja kat uitm shah alam nak balik. da sampai laken. tapi bas balik ke pontian semuanya dah disusun buat tukun je dekat stesen bas sana. terpaksa la aku pegi jb amek.

aku : wa tak bole pegi dekat2 sikit.?
adik aku : nanti la wa suruh ijut amik. kau amik wa dekat mcd taman u je eh.?
aku : bagus. mal nak mcChicken!
adik aku : ahhhh!
aku : kau balik sendiri!
adik aku : yelah..
(ijut tu bf dia la. lagi mau tanya. kepoh.)

Conclusion? aku terpaksa la bawak si pendek skali pegi jemput adik aku. sampai ada orang cakap kau suruh je si pendek tu tuka bin. bin harsat je. sibuk je. macam tau2 je aku nak pegi berjalan. pantang. hati aku sejuk sikit bila memikirkan ada mcChicken yang menanti. adik aku yang bongsu pon sebok nak ikut. ikut jela. apedehal. kitorang pon pegila naik kete mak aku. tapi mak aku tak ikutla. aku yang drive. cisss...

Balik dari amik adik aku. pendek pun terus start enjin keta dia. nak balik katanya. lega hati aku. lepas tu aku pun terus kua lagi pegi restoran. nak amik joran yang lias pinjam petang masa aku mancing tu. lepas kemas masuk dalam bonet. si pendek pon sampai. tengok muka aku je dia terus gelak macam setan. apa? muka ni macam badot ke gelak2? macam sial. bole aje bau kat mana aku pegi. apa ilmu setan la makhluk pendek ni pakai. kuat btol.

Aku pon tersadai la kejap dekat restoran tgk muvie kat astro. abes muvie aku terus lintang pukang balik. kalau tak nanti memang tak balik la aku jawabnya. sampai rumah. lepas berbual seketika dengan bini aku. ceh! da ada bini konon. aku pun terus la on lappy. niat di hati nak update blog. sambil2 tu aku layan la fesbuk. last2 aku berfesbuk je mengutuk orang sana sini. bila da penat. baru la aku bukak blog balik. dan. aku masih lagi belum menulis. apekejadahnya tangan aku yang gatal ni sibuk2 pegi cari layout blog pulak. sampai la azan subuh aku baru siap customize layout yang masih lagi nampak macam bodoh. pedulikkan. tiada perkataan berpatah balik dalam kamus hidup aku. dan. aku masih lagi tidak menulis 1 huruf pon dekat post aku. dan. mak aku da bangun suruh pegi semayang subuh dulu. hampir-hampir derhaka aku bila aku cakap jap la. dan. ya.. internet network hilang secara tiba-tiba bila suisnya ditutup. aku buat muka macam takde kesan apa2. logout lappy. masuk toi amik air semayang. solat subuh. dan. tido...


bersambung lagi..


♥ Mr duke smiled ♥
3:01 PM
1 komen disini

Saturday, November 7, 2009

♥ Mari ketawa ٩(-̮̮̃-̃)۶


KAH! KAHH!! KAHHH!!!

PUAS!!! baru sekejap masa aku tengah syok2 update gamba kat blog. ada pula bunyi loceng kat uma aku. aku ingat siapala yang pagi2 main loceng uma aku. tekan 2, 3 kali pla tu. tak penah jumpe loceng ke? aku pun bukala lampu nak tengok anak siapa la yang tak bermoral main loceng uma orang pagi-pagi buta. 2, 3 kali jugak aku gosok2 mata macam tak pasti betul ke apa yang aku nampak. aku nampak ade 2, 3 orang kat depan pagar uma aku besar2 gajah. ni bukan budak2 ni.

aku sempat lagi berpikir ada ke aku berhutang dengan along? takde rasenya. seram jugak bila tengok diorang dalam gelap buat2 muka bengis. lagi dua orang sibuk nak tunjuk2 gigi. aku da pk macam2 da. ingatkan diorang ni keturunan drakula nak hisap darah. aku pun cepat2 hidupkan lampu. orang kata drakula takut tempat terang. bila lampu da hidup. bukan main terperanjat lagi aku sampai terlompat sikit2. rupanya si jai, malek, dengan pozy yang datang. kata pegi laut bisik aku dalam hati.

aku pun terus la bukak pintu dan gate nak bagi diorang masuk. tapi semua menolak dengan baik. malek tiba-tiba ketawa berdekah-dekah. pozy pun sama juga. si jai da tersengeh-sengeh. apa semua ni bisik aku dalam hati. diorang saje nak kejut aku malam2 ke? eleh x heran. orang tak tdo pun lagi.

aku : pehal korang ni datang pagi2 buta? tebiat? da x reti nak tunggu besok siang nak gegar rumah orang?
jai : bob. kau ada screw driver paling kecik x?
aku : kenapa? nantila aku suh adik aku carikkan kat dalam.
jai : hp aku masuk laut tadi.
aku : laa.. camane bole masuk?
malek : orang lutut da longgar bob. hahaha
pozy : kah kah kah <- ketawa tahap histeria peringkat ke 18
aku : ape kes wei?!
jai : aku terjatuh tadi masuk dalam laut..

dan apa lagi..

kah kah kah!!!

butir-butir perbualan selanjutnya amatlah dikesali tak dapat aku nak masukkan sekali kerana kesuntukkan masa. tapi cukupla untuk buat si jai tak dapat tido lena malam ni. apa punya sial la bertenggek kat kepala kau malam ni. hahaha!

P.S Maaf abg zul terjaga tdo
denga kitorang ketawa kuat2
malam2 buta.

♥ Mr duke smiled ♥
1:19 AM
0 komen disini

♥ aku dan lautan (akhir)


HARUAN TASIK
Jangan tanya aku kenape dia duduk kat laut

Jai pendek dan abang fauzy

Aku dan abang malek

Jai setan dan aku
makhluk pendek ni la yang paksa aku ikut pegi laut

Kude kepang versi original

Pendek lagi?

Mase gulung pukat pertama

Pendek tengah memasak pukul 6.30 pagi. x sedap!
ni blog aku ke blog pendek?

Masa ni bot baru gerak dari jeti
muka tahan pening. pertama kali la katakan nak pegi laut. gile.



Akhirnya dapat jugak update blog ni.. aku btol2 xde masa sejak dua menjak ni nak update blog. ceh macam la bz sangat. so macam yang aku janji sebelum ni nak update gamba aku akan update je gambar yang x sebanyak mana. lagipun aku nak tido awal ni besok pagi nak kena anta mak aku pegi rewang kat uma uncle aku ade buat kenduri sikit b4 pegi haji. so tengok la sendiri eh? tapi x nampak laut pun. hahaha!



♥ Mr duke smiled ♥
12:12 AM
2 komen disini

Monday, November 2, 2009

♥ Aku dan Lautan3

OPSSSS!!!

Atas kebodohan memory card aku @ kesilapan teknikal. memory card aku lappy tak bole trace. nak godeh2 macam tak sempat. aku nak kua jap. balik nanti aku load utk korang tengok ok?



p.s i'm sorry

♥ Mr duke smiled ♥
7:58 PM
0 komen disini

e

♥ Tentang . Aku ♥


    InI aDaLaH AkU
    AkU tErPaNggIL uNtUk mEnULiS